SUMBER

Boleh Beli Terus Dari Tempat Borong






              Okkay.......tentunya ramai yang mengetahui tempat ini, pastinya Nilai 3 yang bertempat di Negeri Sembilan. Di sini ibarat syurga membeli belah kerana tedapat pelbagai-bagai jenis pilihan tudung, selendang serta macam-macam lagi. Sesiapa yang datang ke sini pastinya akan rambang mata untuk membuat pilihan.





Tidak ketinggalan juga, antara tempat yang terkenal dengan barangan textil yang cantik serta boleh dibeli dengan harga borong tidak lain tidak bukan, pastinya di Tangkak Melaka. Sesiapa yang datang ke negeri Melaka pastinya tidak akan ketinggalan untuk singgah di pekan ini kerana sememangnya banyak pilihan dan harganya lebih murah dari tenpat-tempat yang lain.


 Boleh Beli Secara Online !!




Pembelian secara "online" juga merupakan salah satu cara untuk membeli tudung atau selendang. Dalam dunia yang serba canggih ini, kita mampu untuk membeli apa sahaja hanya menggunakan hujung jari. hehehehe.....

    Apa sahaja...tudung bawal, selendang, anak tudung, pastinya senang untuk dibeli. Hanya duduk di rumah atau di pejabat, anda hanya perlu pilih sahaja yang mana suka.Terdapat ramai peniaga yang telah mencuba cara ini dan ternyata berkesan.



Tidak perlu risau, setelah bayaran
dilakukan melalui bank,
dalam masa yang singkat anda 
akan mendapat tudung atau
 selendang yang dibeli melalui 
pos laju. Sangat mudah, kan?


 

Tau-tau saja, pesanan anda dah
 sampai depan 
rumah.... hehehehe

















Pembelian Secara Terus Di Pasar raya atau Pasar Tani




 Tudung sangat mudah untuk didapati dimana-mana. Anda boleh mendapatkannya di pusat membeli belah, di pasaraya-pasaraya, butik pakaian serta macam-macam tempat lagi. Senang kata, pasti ada di mana-mana.





No comments:

Post a Comment