KAEDAH



cara pemakaian tudung bawal














 1. Kenakan pin pada tudung segi empat dengan bahagian kanan lebih panjang daripada bahagian sebelah kiri.

2. Pin bahagin kiri tudung pada bahagian belakang bahu kanan. 

3. Bahagian kanan tudung tadi dibawa ke bahagian belakang bahu kiri. 

4. Pusing bahagian tudung tersebut di belakang tengkuk dan bawa ke hadapan semula.
 5. Kemaskan bahagian hadapan tudung dan sematkan pin* di bahu kiri.

siap!!! mudah kan?  :) 







Cara memakai selendang









1. Pinkan tudung macam biasa, bagi selendang di kedua-dua belah sama panjang.

















2. Ambil sebelah(kiri atau kanan) selendang dan lilitkan di kepala.


















3. pinkan hujung selendang yang dililit tadi di bahagian tepi. pinkan juga di bahagian atas kepala supaya selendang tidak jatuh ke bawah.




















4. ambil lagi satu belah selendang tadi untuk dipinkan di bahagian bahu.






 



6. pinkan selendang di bahagian bahu.













Siap!!... ini pandangan dari tepi








pandangan dari belakang...... senang kan??? :-)













Cara Memakai Tudung Sarung (Syiria)




haaa...tudung ni yang paling senanag nak pakai.. cuma sarung anak tudung,lepas tu sarung ibu tudung.. dah siap....
hehehehe... senang aje kan...
       Untuk wanita-wanita yang agak malas nak suluh muka lama-lama depan cermin untuk pakai tudung tu, korang boleh pakai je tudung syiria ni. Bukan saja cantik, malah senang dan menjimatkan masa.. lebih-lebih lagi macam aku..hehehehhe.....


 
 Sekarang ni dah ada macam-macam fesyen untuk anak tudung syiria ni. kalau macam ni, ada owning yang keras sikit.Jadi untuk sesiapa yang bermuka bulat, sangat sesuai la untuk menggunakan anak tudung ini kerana akan menampakkan wajah anda lebih bujur......









 Cantik bukan???? simple dan sweet aje.............


No comments:

Post a Comment